Pembunuhan Shinzo Abe: persaingan politik, sistem pilihan raya dan skandal Unification Church

Peristiwa pembunuhan Shinzo Abe telah mengejutkan dunia memandangkan beliau adalah bekas Perdana Menteri Jepun dan berlaku di negara yang terkenal dengan pengawalan ketat penggunaan senjata api. Pembunuhan Abe telah mendedahkan tentang hubungan antara parti pemerintah, LDP dengan Unification Church...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asmadi Hassan, Mohd Ikbal Mohd Huda, Muhammad Muhsein Kamarudin
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UKM 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26244/1/162-179%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26244/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peristiwa pembunuhan Shinzo Abe telah mengejutkan dunia memandangkan beliau adalah bekas Perdana Menteri Jepun dan berlaku di negara yang terkenal dengan pengawalan ketat penggunaan senjata api. Pembunuhan Abe telah mendedahkan tentang hubungan antara parti pemerintah, LDP dengan Unification Church yang selama ini tidak menjadi tumpuan di Jepun. Kajian ini membincangkan tentang peristiwa pembunuhan Abe dan hubungannya dengan persaingan politik, sistem pilihan raya dan skandal Unification Church di Jepun. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan kajian perpustakaan adalah bahagian penting dalam pengumpulan maklumat yang diperlukan. Pendekatan ini juga penting untuk memahami kronologi dan peristiwa sejarah tentang pembunuhan Abe. Melalui maklumat yang dikumpul, pemahaman secara terperinci tentang persoalan dan objektif kajian dapat dibina. Artikel ini mendapati bahawa bahawa persaingan dalam politik Jepun terutamanya untuk memenangi pilihan raya telah menyebabkan mereka mengadakan hubungan dengan ahli kumpulan penyokong Unification Church tanpa mengambil kira latar belakang kumpulan tersebut. Tambahan lagi sistem pilihan raya campuran SMD dan PR yang digunakan mendorong persaingan sengit antara parti-parti politik Jepun. Hubungan antara mereka adalah timbal dan balik saling membantu demi survival politik masing-masing. Walau bagaimanapun hubungan antara mereka menyebabkan LDP turut terjebak dengan penyalahgunaan institusi keagamaan dan akhirnya membawa kepada peristiwa pembunuhan Abe.