Kesan penggunaan peranti digital dan amalan pencegahan terhadap Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) dalam kalangan pelajar Tahun 3 dan pelajar Tahun 4 UKMKL
Pelajar universiti adalah lebih terdedah kepada gejala Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) yang disebabkan oleh peningkatan ketara penggunaan berpanjangan peranti digital seperti komputer, tablet, dan telefon pintar dalam proses pembelajaran terutama ketika pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan ba...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26235/1/A09-Siti-Shahara-FSK.pdf http://journalarticle.ukm.my/26235/ https://www.ukm.my/personalia/publication-category/volume-27-number-3-december-2024/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pelajar universiti adalah lebih terdedah kepada gejala Sindrom Penglihatan Komputer (CVS) yang disebabkan oleh peningkatan ketara penggunaan berpanjangan peranti digital seperti komputer, tablet, dan telefon pintar dalam proses pembelajaran terutama ketika pandemik COVID-19. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kelaziman mengalami sindrom CVS serta langkah pencegahan yang diambil dalam kalangan pelajar tahun 3 dan pelajar tahun 4 di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UKMKL). Kajian keratan rentas
dengan persampelan kepada 80 responden secara rawak mudah melalui pengedaran borang soal selidik secara atas talian telah digunakan. Hasil analisis mendapati bahawa 90% pelajar menggunakan telefon pintar sebagai peranti digital utama dalam proses pembelajaran, Dimana 41.3% melaporkan menggunakan peranti lebih daripada 8 jam/hari. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa lebih 65% responden mengalami gejala seperti sakit kepala dan sakit leher (73.8%), masalah sakit belakang dan mata sensitif terhadap cahaya (66.3%), serta mata gatal dan mata berair (65.0%). Hanya gejala penglihatan kabur dan penglihatan berganda mempunyai hubungan yang signifikan dengan tempoh masa penggunaan peranti digital (p<0.05). Hasil daripada analisis mendapati
90% pelajar mengambil langkah pencegahan yang berkesan seperti berehat antara penggunaan peranti digital dengan mematuhi peraturan 20-20-20 untuk mencegah atau melegakan gejala CVS. Namun, tiada hubungan yang signifikan didapati bagi langkah pencegahan ini dengan gejala CVS yang dialami. Penemuan daripada kajian ini adalah berguna untuk merangka cadangan langkah-langkah seharusnya diamalkan oleh pelajar sebagai amalan rutin dalam usaha mengurangkan kesan negatif penggunaan peranti digital terhadap kesihatan visual mereka. |
|---|
