Kelestarian keusahawanan sosial: kajian kes Adab Grocer dalam memperkasa usahawan komuniti

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kelestarian keusahawanan sosial di Adab Cafe dan peranannya dalam memperkasa usahawan komuniti. Permasalahan utama yang dihadapi oleh Adab Grocer ialah penurunan permintaan terhadap produk sejuk beku selepas pandemik, masalah kewangan, kekeliruan mengenai konsep p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasuha Ezzahani Elias, Shifa Mohd Nor
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26232/1/WSS%209.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26232/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/40
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti kelestarian keusahawanan sosial di Adab Cafe dan peranannya dalam memperkasa usahawan komuniti. Permasalahan utama yang dihadapi oleh Adab Grocer ialah penurunan permintaan terhadap produk sejuk beku selepas pandemik, masalah kewangan, kekeliruan mengenai konsep perusahaan sosial, serta strategi pemasaran yang kurang berkesan. Objektif kajian adalah untuk memahami latar belakang penawaran produk dan perkhidmatan, mengenalpasti ciri-ciri usahawan yang berjaya, meneroka strategi pemasaran yang efektif, dan menyediakan model untuk memperkasa kelestarian perniagaan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan temu bual berstruktur melibatkan 12 orang pelanggan tetap serta Ketua Pegawai Eksekutif Adab Cafe. Hasil kajian mendapati bahawa Adab Cafe berjaya bertransformasi dari Adab Grocer kepada model perniagaan kafe yang memenuhi keperluan pasaran dan komuniti dengan mengamalkan kepimpinan transformasi dan strategi pemasaran 4P. Walau bagaimanapun, cabaran utama adalah kekeliruan terhadap konsep perusahaan sosial yang mempengaruhi kelestarian impak sosialnya. Kajian ini mencadangkan penggunaan model perniagaan kanvas (BMC) untuk meningkatkan usaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Implikasi kajian termasuk peningkatan strategi pemasaran serta memperkukuh hubungan antara Adab Cafe dan usahawan komuniti untuk membangun ekonomi setempat. Kajian ini menyumbang kepada bidang keusahawanan sosial dengan memberikan penekanan pada pentingnya kelestarian perniagaan yang berorientasikan sumbangan sosial serta mencadangkan kajian masa hadapan dengan saiz sampel yang lebih besar dan pendekatan kaedah campuran untuk analisis yang lebih komprehensif.