Analisis pelepasan karbon berdasarkan faktor pengangkutan kakitangan UKM ke arah penyelesaian pengangkutan lestari
Kenderaan merupakan keperluan utama dalam kehidupan moden yang memudahkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih efisien. Namun begitu, penggunaan kenderaan bermotor menyumbang secara signifikan kepada pelepasan karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. Di Malaysia, kadar penggunaan kende...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26231/1/WSS%208.pdf http://journalarticle.ukm.my/26231/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/40 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kenderaan merupakan keperluan utama dalam kehidupan moden yang memudahkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih efisien. Namun begitu, penggunaan kenderaan bermotor menyumbang secara signifikan kepada pelepasan karbon dioksida (CO2) ke atmosfera. Di Malaysia, kadar penggunaan kenderaan persendirian adalah tinggi, khususnya di kawasan bandar dan institusi pendidikan seperti universiti. Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sektor pengangkutan dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang utama kepada pelepasan karbon di kampus, terutama melalui penggunaan meluas kenderaan persendirian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti corak penggunaan pengangkutan utama serta mengukur jumlah pelepasan karbon yang terhasil. Kajian juga bertujuan mencadangkan strategi dan langkah praktikal bagi mengurangkan pelepasan karbon melalui pendekatan mobiliti lestari. Metodologi kajian melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik yang dijalankan dalam kalangan warga kakitangan UKM dari bulan September 2024 hingga Disember 2024 bagi menilai kelakuan perjalanan dan faktor pemilihan mod pengangkutan. Kajian turut merujuk literatur terdahulu berkaitan kesan penggunaan kenderaan terhadap pelepasan karbon. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbandingan antara kampus menunjukkan Kampus Cheras mencatatkan purata pelepasan karbon tertinggi secara konsisten, diikuti oleh Kampus Kuala Lumpur dan Kampus Bangi. Secara keseluruhan, purata pelepasan karbon bagi ketiga-tiga kampus menunjukkan peningkatan dari bulan ke bulan. Pada bulan September, purata pelepasan karbon adalah sebanyak 137.60 kg CO2, meningkat sedikit pada bulan Oktober kepada 142.48 kg CO2, menurun semula pada bulan November kepada 131.31 kg CO2, sebelum mencapai nilai tertinggi pada bulan Disember iaitu 147.96 kg CO2. Oleh itu, had purata pelepasan karbon bulanan tertinggi direkodkan pada bulan Disember dengan Kampus Cheras merekodkan nilai tertinggi iaitu 166.53 kg CO2. Hasil ini memberikan gambaran jelas mengenai lokasi dan kelompok yang perlu diberi fokus dalam pelaksanaan strategi mobiliti lestari.Penemuan ini akan menjadi rujukan penting bagi pihak pengurusan universiti dalam merangka dasar dan inisiatif mobiliti hijau, selaras dengan matlamat UKM untuk mencapai status kampus sifar karbon menjelang tahun 2050. |
|---|
