Implikasi propaganda politik seksual dalam Gerakan Wanita Indonesia (GERWANI) terhadap perkembangan feminisme di Indonesia
Kajian ini meneliti kesan propaganda politik berasaskan seksual terhadap Gerakan Wanita Indonesia (GERWANI) selepas peristiwa 30 September 1965 serta implikasinya terhadap perkembangan feminisme di Indonesia. GERWANI merupakan antara organisasi wanita paling progresif pada era pasca-kolonial yang me...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26229/1/WSS%206.pdf http://journalarticle.ukm.my/26229/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/40 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti kesan propaganda politik berasaskan seksual terhadap Gerakan Wanita Indonesia (GERWANI) selepas peristiwa 30 September 1965 serta implikasinya terhadap perkembangan feminisme di Indonesia. GERWANI merupakan antara organisasi wanita paling progresif pada era pasca-kolonial yang memperjuangkan hak wanita dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Namun, selepas insiden pembunuhan jeneral-jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang dikaitkan dengan Parti Komunis Indonesia (PKI), GERWANI menjadi sasaran utama propaganda Orde Baru. Mereka dituduh terlibat dalam aksi seksual yang kejam meskipun dakwaan tersebut tidak berasaskan bukti sahih. Hal ini membuktikan bagaimana naratif propaganda berasaskan seksual dimanipulasi untuk melemahkan gerakan wanita dan menyekat perkembangan feminisme. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian literatur, analisis dokumen sejarah serta temu bual mendalam dengan tiga informan utama iaitu Saskia E. Wieringa, Theresia Iswarini dan Lies Marcoes. Analisis tematik dilaksanakan secara sistematik dengan proses coding, pengelompokan tema dan triangulasi data. Penemuan menunjukkan bahawa propaganda ini bukan sahaja menghancurkan GERWANI, tetapi turut memadam sejarah perjuangan wanita serta mencipta trauma kolektif jangka panjang. Kajian mencadangkan agar pendekatan sejarah yang inklusif, trauma-sensitive dan berasaskan teori feminisme digunakan bagi membina semula naratif feminisme yang adil serta berani. |
|---|
