Sukan sebagai tapak integrasi sosial: kajian kes terhadap belia Persatuan Mahasiswa Anak Negeri UKM
Belia pelbagai kaum di universiti memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Namun begitu, kepelbagaian latar belakang etnik kadangkala menimbulkan cabaran dalam mewujudkan hubungan yang harmoni. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peranan sukan sebagai tapak...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26226/1/WSS%203.pdf http://journalarticle.ukm.my/26226/ https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/40 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Belia pelbagai kaum di universiti memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan nasional di Malaysia. Namun begitu, kepelbagaian latar belakang etnik kadangkala menimbulkan cabaran dalam mewujudkan hubungan yang harmoni. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti peranan sukan sebagai tapak integrasi sosial dalam kalangan belia multietnik, khususnya ahli Persatuan Mahasiswa Anak Negeri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan melibatkan seramai 38 responden daripada pelbagai kaum yang dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Responden terdiri daripada ahli persatuan yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti sukan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi meninjau persepsi terhadap impak penyertaan dalam sukan ke atas integrasi sosial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti sukan membantu meningkatkan komunikasi, memupuk sikap saling menghormati, dan mengeratkan hubungan antara etnik. Selain itu, interaksi sosial yang berlaku dalam konteks sukan juga memperkukuh semangat kerjasama dan menzahirkan nilai perpaduan dalam kalangan belia. Secara keseluruhan, hasil kajian ini membuktikan bahawa sukan berfungsi sebagai wahana yang berkesan dalam membina integrasi sosial serta menyokong usaha perpaduan nasional di institusi pengajian tinggi. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak universiti dan persatuan mahasiswa agar terus memperkasa penganjuran aktiviti sukan yang inklusif merentas etnik. Usaha ini bukan sahaja dapat menggalakkan hubungan baik dalam kalangan pelajar berbilang kaum, malah menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan seperti SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamarataan), dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh). |
|---|
