Penulisan travelog di Alam Melayu menurut sorotan literatur bersistematik

Kolonialisasi Barat di Alam Melayu pada abad ke-19 Masihi telah memberi kesan yang signifikan kepada nilai, pandangan hidup dan budaya masyarakatnya. Salah satu perubahan besar dalam Kesusasteraan Melayu adalah pengenalan genre travelog yang berbeza dengan kepengarangan dan bentuk Kesusasteraan Mela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nadia Syamimi Yusof, Rahimah Hamdan, Salmah Jan Noor Muhammad
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26205/1/498-512%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26205/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kolonialisasi Barat di Alam Melayu pada abad ke-19 Masihi telah memberi kesan yang signifikan kepada nilai, pandangan hidup dan budaya masyarakatnya. Salah satu perubahan besar dalam Kesusasteraan Melayu adalah pengenalan genre travelog yang berbeza dengan kepengarangan dan bentuk Kesusasteraan Melayu Tradisional sedia ada. Misalnya antara travelog awal seperti Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan oleh Munsyi Abdullah yang memperkenalkan pendekatan naratif lebih realistik berbanding karya-karya sezamannya. Namun, travelog ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan pengarang Melayu pada ketika itu yang rata-rata menolak genre baharu tersebut. Walau bagaimanapun, akhirnya genre ini diterima oleh khalayak Melayu setelah hampir lima dekad kematian tokoh Munshi Abdullah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk memahami bagaimana travelog diterima dalam kesusasteraan Melayu dari zaman kolonial hingga kini. Dengan menggunakan kaedah tinjauan sistematik berdasarkan standard PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) menggunakan dua pangkalan data utama iaitu Scopus dan Google Scholar, sebanyak 13 artikel daripada pangkalan data Scopus dan Google Scholar telah dianalisis. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun travelog pada awalnya dianggap asing, akhirnya mendapat tempat sebagai wadah penceritaan yang merakam pengalaman dan realiti kehidupan. Realitinya, travelog berfungsi bukan sekadar sebuah catatan perjalanan tetapi satu bentuk dokumentasi sejarah dan refleksi sosial yang berharga kepada sesebuah masyarakat.