Tafsiran al-Quran: analisis terhadap isu hijab, nusyuz menurut pemikiran Fawzia al-‘Ashmawi

Artikel ini menganalisis tafsiran al-Quran terhadap isu hijab dan nusyuz menurut pemikiran intelektual muslim kontemporari, Fawzia al-ᶜAshmāwī yang berasal daripada negara Timur Tengah, Mesir. Dari sudut latar belakang pendidikan, beliau merupakan seorang profesor Kesusasteraan Arab dan Tamadun Isla...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Syakirin Mohamed Haris, Mazlan Ibrahim, Ahmad Yunus Mohd. Nor
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26197/1/397-409%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26197/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menganalisis tafsiran al-Quran terhadap isu hijab dan nusyuz menurut pemikiran intelektual muslim kontemporari, Fawzia al-ᶜAshmāwī yang berasal daripada negara Timur Tengah, Mesir. Dari sudut latar belakang pendidikan, beliau merupakan seorang profesor Kesusasteraan Arab dan Tamadun Islam di Universiti Geneva. Selain menjalankan tugas sebagai ahli akademik, Fawzia al-ᶜAshmāwī turut melibatkan diri secara aktif berkarya dan menterjemah buku akademia di negaranya, Mesir. Walaubagaimanapun, hasil penulisan beliau banyak tertumpu pada memperjuangkan hak wanita. Kaedah berinteraksi dengan teks al-Quran pula mendasar kepada kaedah Hermeneutik dan membawa idea pentafsiran semula teks agama mengikut kesesuaian zaman moden. Oleh demikian kajian ini akan memfokuskan kepada perbandingan antara tafsiran beliau dengan pentafsiran ulama Muslim yang muktabar kemudian menganalisis kesan tafsiran liberal dalam memahami ayat hukum Syariah. Kajian ini menggunakan penyelidikan perpustakaan dan pendekatan analisis kandungan bagi pengumpulan data. Setelah itu data dianalisis secara induktif dan dibandingkan. Hasil penelitian mendapati para Ulama sebulat suara bersepakat mengenai kewajipan bertudung. Dalam pada itu, dasar ajaran Islam menggariskan menjadi satu kesalahan seandainya isteri keluar dari rumah tanpa mendapat kebenaran suami dan menghalang suami dari menyetubuhi dirinya. Kajian ini diharapkan dapat memberi penjelasan yang tepat bagi membentuk pemikiran masyarakat Islam yang madani dan memberi pendedahan mengenai penyelewengan tafsiran ayat al-Quran oleh golongan pemikir liberal kontemporari.