Dari kuasa unipolar ke multipolar: peranan G7, G20 dan BRICS dalam mempengaruhi halatuju ekonomi negara membangun

Adakah era dominasi ekonomi barat semakin berakhir? Kemunculan G7, G20, dan BRICS mencerminkan transformasi orde dunia dan peralihan terhadap kuasa multipolar dalam pentadbiran global dan pembangunan ekonomi. Justeru kajian ini menganalisis impak peranan G7, G20, dan BRICS terhadap pentadbiran globa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Allisya Ahmad Azman, Teh, Benny Cheng Guan, Sara Alisha Mohd Afandi, Muhammad Fahim Faidhi Mohd Azman, Siti Safya Omar Mohd Azam, Muhammad Faris Aiman Mas Fadilah
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26195/1/371-381%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26195/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Adakah era dominasi ekonomi barat semakin berakhir? Kemunculan G7, G20, dan BRICS mencerminkan transformasi orde dunia dan peralihan terhadap kuasa multipolar dalam pentadbiran global dan pembangunan ekonomi. Justeru kajian ini menganalisis impak peranan G7, G20, dan BRICS terhadap pentadbiran global dan dasar ekonomi di negara-negara membangun dengan fokus terhadap Indonesia dan Brazil. G7 merupakan pelopor kepada organisasi seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang kini dianggap kurang relevan akibat sifatnya yang ekslusif. Sebaliknya, G20 mengintegrasikan ekonomi yang sedang pesat membangun, secara serentak menyediakan platform yang lebih luas untuk pembuatan keputusan di tahap global. Sementara itu, BRICS berusaha untuk mencabar dominasi Barat, namun pengaruh China di dalam blok ini berpotensi untuk menggagalkan objektifnya. Melalui penilaian kualitatif terhadap dokumen dasar, pangkalan data institusi kewangan global, artikel surat khabar dan sumber akademik, kajian ini justeru menaksir bagaimana negara-negara membangun ini menongkah pengaruh ekonomi kumpulan-kumpulan tersebut, sambil mengimbangi potensi dan keterbatasan mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa G7 kekal dominan namun mula goyah setelah G20 menawarkan inklusiviti walaupun masih terkesan oleh pengaruh barat. Manakala BRICS, walaupun menghadapi cabaran dalaman tetap membawa potensi jangka panjang dalam membina orde ekonomi dunia yang lebih multipolar sekiranya ia berjaya mengukuhkan solidariti dalaman dan memperkukuh institusi kewangannya secara adil.