Faktor-faktor yang mempengaruhi ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar agribisnes untuk menceburi bidang usahawan tani
Keusahawanan tani merupakan salah satu strategi utama dalam meningkatkan daya saing sektor pertanian dan memastikan kelestarian sumber makanan negara. Namun, penurunan kadar penyertaan generasi muda dalam sektor ini menjadi cabaran utama kepada pembangunan agribisnes. Oleh itu, kajian ini dijalankan...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26193/1/341-354%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26193/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Keusahawanan tani merupakan salah satu strategi utama dalam meningkatkan daya saing sektor pertanian dan memastikan kelestarian sumber makanan negara. Namun, penurunan kadar penyertaan generasi muda dalam sektor ini menjadi cabaran utama kepada pembangunan agribisnes. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar agribisnes dalam menceburi bidang keusahawanan tani. Teori Tingkah Laku Terancang digunakan sebagai asas konseptual untuk meneliti tiga faktor utama yang mempengaruhi kecenderungan pelajar iaitu keluarga, rakan, dan sikap terhadap ciri-ciri keusahawanan seperti motivasi, keberanian mengambil risiko, serta kreativiti dan inovasi. Kajian kuantitatif ini melibatkan 92 pelajar Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4 dalam program Bacelor Sains Perniagaantani di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM). Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor keluarga, rakan, dan sikap memberi kesan yang signifikan terhadap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar agribisnes. Ciri-ciri keusahawanan seperti motivasi, keberanian mengambil risiko, serta kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar agribisnes juga berada pada tahap tinggi. Kajian ini juga mendapati hubungan signifikan antara faktor-faktor tersebut dengan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar agribisnes. Implikasi kajian mencadangkan pendekatan bersepadu bagi meningkatkan sokongan dan pendedahan pelajar agribisnes dalam keusahawan tani. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa sokongan keluarga, pengaruh rakan, dan sikap pelajar memainkan peranan penting dalam membentuk ciri-ciri keusahawanan pelajar agribisnes. Dalam jangka panjang, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing dalam sektor pertanian, sekali gus menggalakkan pertumbuhan usahawan tani yang inovatif dan mampan. |
|---|
