Transformasi fungsi dan makna prop dalam teater melalui pendekatan semiotik
Kajian ini meneliti transformasi fungsi dan makna props dalam persembahan teater melalui pendekatan semiotik. Props, yang sering dianggap sebagai elemen estetik atau fungsional semata-mata, memainkan peranan penting dalam membentuk naratif, simbolisme, dan emosi di pentas. Melalui kaedah kualitatif,...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26191/1/312-326%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26191/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini meneliti transformasi fungsi dan makna props dalam persembahan teater melalui pendekatan semiotik. Props, yang sering dianggap sebagai elemen estetik atau fungsional semata-mata, memainkan peranan penting dalam membentuk naratif, simbolisme, dan emosi di pentas. Melalui kaedah kualitatif, kajian ini melibatkan pemilihan lima props berdasarkan undian oleh para pelakon yang terpilih dalam eksperimen ini iaitu (i)sudip kayu, (ii)kotak kasut, (iii)payung, (iv)tali, dan (v)cawan kecil untuk menganalisis perubahan yang berlaku daripada aspek penggunaannya melalui improvisasi pelakon. Dapatan menunjukkan bahawa props melampaui fungsi asalnya dan menjadi alat naratif dinamik yang memperoleh makna baharu bergantung pada manipulasi, konteks, dan interaksi pelakon secara individu dan berkumpulan. Dengan menggunakan teori semiotik Saussure, kajian ini mengenal pasti dua bentuk transformasi utama pemaknaan props: (i) pemaknaan literal berdasarkan identiti objek (ii)pemaknaan simbolik melibatkan fungsi objek, fungsi simbolik objek dalam konteks sosial secara umum dan gabungan antara ketiga-tiganya. Hal ini membuktikan kredibiliti prop sebagai satu bentuk aksi dramatik dan merupakaan elemen ‘performative’ visual dalam sesebuah persembahan. Dapatan ini menyumbang kepada bidang sinografi dengan membuktikan bagaimana objek harian, apabila ditafsirkan semula dalam persembahan, mencipta lapisan simbolik yang lebih mendalam serta meningkatkan keterlibatan penonton. Kajian ini menegaskan kepentingan props sebagai elemen semiotik dan performatif dalam teater kontemporari, memberikan pandangan berguna kepada pengamal, sinografer, dan pendidik teater. |
|---|
