Analisis hotspot bagi kes demam denggi di Pulau Pinang menggunakan pendekatan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Kes demam denggi di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan mendadak dari tahun 2021 hingga 2023, dengan jumlah kes tertinggi direkodkan pada tahun 2023. Kajian ini menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menganalisis taburan ruang kes demam denggi dan mengenal pasti kawasan titik pa...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26188/1/272-287%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26188/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kes demam denggi di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan mendadak dari tahun 2021 hingga 2023, dengan jumlah kes tertinggi direkodkan pada tahun 2023. Kajian ini menggunakan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk menganalisis taburan ruang kes demam denggi dan mengenal pasti kawasan titik panas (hotspot) utama. GIS membolehkan pemetaan taburan kes dijalankan secara sistematik serta membantu mengenal pasti faktor persekitaran dan demografi yang menyumbang kepada penyebaran penyakit. Analisis statistik seperti korelasi Pearson digunakan bagi mengkaji hubungan antara pembolehubah persekitaran seperti suhu, taburan hujan, dan kepadatan penduduk terhadap bilangan kes. Hasil dapatan menunjukkan Seberang Perai Tengah mengalami peningkatan kes paling ketara, iaitu daripada 549 kes pada tahun 2022 kepada 3,100 kes pada tahun 2023. Sebaliknya, Seberang Perai Selatan mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah dan stabil, antara 62 hingga 232 kes. Taburan kes menunjukkan bahawa taburan hujan mempunyai hubungan yang sangat kuat (r=0.965) dan signifikan secara statistik terhadap peningkatan kes, manakala suhu dan kepadatan penduduk menunjukkan pengaruh yang berbeza mengikut tahun. Analisis hotspot mengesahkan kepekatan kes di kawasan yang lebih urban dan padat. Kajian ini memberi panduan penting kepada pihak berkuasa kesihatan dalam merangka strategi pencegahan yang lebih terarah dan berkesan melalui pemantauan persekitaran, kawalan vektor yang bersasar serta penggunaan data GIS. |
|---|
