Analisis fonologi vokal kata pinjaman Bahasa Arab dalam buku Pendidikan Moral Tingkatan Lima
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan fonem dan suku kata yang berlaku terhadap perkataan pinjaman bahasa Arab berbanding perkataan asal bahasa Arab. Kajian juga dijalankan untuk menganalisis kaedah fonologi yang berkaitan dengan perkataan pinjaman bahasa Arab berbanding perkataan asal bahas...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26181/1/188-200%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26181/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perubahan fonem dan suku kata yang berlaku terhadap perkataan pinjaman bahasa Arab berbanding perkataan asal bahasa Arab. Kajian juga dijalankan untuk menganalisis kaedah fonologi yang berkaitan dengan perkataan pinjaman bahasa Arab berbanding perkataan asal bahasa Arab. Teori Crowley (1987) yang berkaitan perubahan bunyi dirujuk untuk menganalisis data kajian. Pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandugan digunakan dalam kajian ini dan berbentuk deskriptif dalam bidang linguistik yang bertujuan untuk mengenal pasti perkataan pinjaman bahasa Arab yang mengalami peubahan vokal panjang menjadi pendek. Sampel kajian ini merupakan sebuah buku Pendidikan Moral Tingkatan Lima (PMTL) ditulis oleh Mohd Hilmie, Barati, dan Anuratha Bai tahun 2020. Sebanyak 20 kata pinjaman bahasa Arab didapati tertulis dalam sampel yang dikaji. Analisis mendapati vokal panjang berubah kepada vokal pendek kerana vokal panjang tidak terdpat dalam sistem fonetik bahasa Melayu. Pengurangan jumlah suku kata dalam bahasa Melayu tidak berlaku melainkan segmen sahaja yang berkurang hasil daripada perubahan tersebut. Perubahan vokal /ā/ paling banyak didapati dalam perkataan pinjaman yang berubah menjadi /a/, seterusnya vokal /ῑ/ yang berubah kepada /i/, dan akhir sekali vokal /ū/ yang berubah kepada /u/. Proses perubahan bunyi sound loss melalui syncope mengubah vokal panjang menjadi pendek kerana syncope menghilangkan satu segmen daripada perkataan di bahagian tengah, iaitu menggugurkan satu fonem vokal daripada fonem vokal panjang yang terbina daripada kata pinjaman bahasa Arab dalam PMTL. |
|---|
