Kepelbagaian pandangan mengenai kehidupan awal, sumbangan dan pemikiran Hamzah Fansuri
Makalah ini menyusun dan mengumpulkan siri perbahasan para sarjana dari dahulu sehingga sekarang mengenai tempat lahir dan kehidupan awal seorang tokoh sufi ulung Nusantara yang tidak asing lagi iaitu Hamzah Fansuri. Pernyataan masalah makalah ini tertumpu kepada tiadanya tiada maklumat bertulis men...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26176/1/131-141%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26176/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Makalah ini menyusun dan mengumpulkan siri perbahasan para sarjana dari dahulu sehingga sekarang mengenai tempat lahir dan kehidupan awal seorang tokoh sufi ulung Nusantara yang tidak asing lagi iaitu Hamzah Fansuri. Pernyataan masalah makalah ini tertumpu kepada tiadanya tiada maklumat bertulis mengenai tarikh dan kehidupan awal beliau menyebabkan para sarjana terutamanya Syed Naguib Al-Attas, Vladimir Josipovic Braginsky, Gerardus Willebrordus Joannes Drewes, L.F Brakel, Abdul Hadi Wiji Muthari dan Alexander Wain berusaha untuk membentuk naratif kehidupan awal sosok Hamzah Fansuri berdasarkan karya-karya agung tinggalan beliau. Setiap bait puisi Hamzah Fansuri diteliti dan ditafsir, disertakan dengan sisipan fakta sejarah bagi memberi gambaran tepat mengenai sejarah hidup awal tokoh ini. Justeru, objektif makalah ini ialah untuk menelusuri ketelitian para sarjana dalam meneliti dan mentafsir karya Hamzah Fansuri. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menganalisis dapatan data secara deskriptif. Kajian mendapati walaupun setiap sarjana ini meneliti dan mentafsir karya Hamzah Fansuri dengan sangat baik dan cermat bagi mencari kebenaran, namun masih tiada kata sepakat yang utuh antara mereka untuk merungkai persoalan riwayat hidup Hamzah Fansuri. Dipercayai keadaan ini akan berterusan sekiranya tiada bukti-bukti baru berkenaan Hamzah Fansuri ditemui dalam masa kini atau masa akan datang. Sumbangan ilmiah kesemua sarjana ini adalah penting untuk digali dan dikumpulkan bagi memastikan legasi karya agung peninggalan Hamzah Fansuri akan terus berkekalan. |
|---|
