Keperluan dan rangka model kaunseling Islam bagi mahasiswa universiti: satu analisis kualitatif

Mahasiswa universiti tidak terlepas daripada berhadapan isu kesihatan mental. Oleh itu, perkhidmatan kaunseling universiti disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, pendekatan kaunseling yang digunakan hari ini kebanyakannya adalah kaunseling konvensional yang didap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nazneen Ismail, Nurzatil Ismah Azizan, Siti Mursyidah Mohd Zin, Nurhanisah Senin, Dharatun Nissa Puad Mohd Kari @ Fuad Mohd Karim
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26175/1/117-130%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26175/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mahasiswa universiti tidak terlepas daripada berhadapan isu kesihatan mental. Oleh itu, perkhidmatan kaunseling universiti disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini. Walau bagaimanapun, pendekatan kaunseling yang digunakan hari ini kebanyakannya adalah kaunseling konvensional yang didapati mempunyai kekurangan dari aspek pembangunan rohani mahasiswa Muslim. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan dan kepentingan model kaunseling Islam, mengenal pasti sumber rujukan asas dalam pembangunan model serta menganalisis elemen-elemen utama bagi pembinaan rangka model tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan reka bentuk tinjauan. Empat universiti Islam di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai sampel. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dengan kaunselor universiti. Hasil temu bual dianalisis secara tematik dan menghasilkan tiga kesimpulan utama iaitu (i) terdapat keperluan pembangunan model kaunseling Islam di universiti, (ii) rujukan bagi model ini ialah al-Quran, sunnah dan psikologi Islam, dan (iii) elemen utama bagi kerangka model ini adalah peranan kaunselor dan penerapan nilai-nilai Islam dalam pendekatan kaunseling. Peranan kaunselor meliputi ihsan, amanah, pengetahuan agama, kepercayaan klien, kesediaan mendengar dan komited. Manakala pendekatan kaunseling yang dicadangkan sebagai rangka asas kepada model ini adalah penerapan nilai Islam seperti bacaan basmalah, penggunaan nas berkaitan masalah psikologi dan intervensinya, aplikasi pendekatan al-Ghazali dan intervensi berasaskan kepada ujian psikologi. Kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada penerokaan dan pembangunan model kaunseling Islam untuk diaplikasikan oleh kaunselor universiti dalam membantu mahasiswa Muslim.