Teori dan model semangat kekitaan dalam memperkukuh perpaduan di Malaysia: perspektif Islam dan Barat

Perbincangan mengenai teori dan model semangat kekitaan atau disebut juga ‘sense of belonging’ telah rancak dibahaskan dalam pelbagai cabang ilmu meliputi pelbagai perspektif termasuklah Islam dan Barat. Hal ini bagi memastikan matlamat kesejahteraan dan keharmonian hidup dapat dikecapi oleh setiap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Izzati Nadia Mohd Dzolkifli, Siti Nor Azhani Mohd Tohar
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26174/1/104-116%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26174/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbincangan mengenai teori dan model semangat kekitaan atau disebut juga ‘sense of belonging’ telah rancak dibahaskan dalam pelbagai cabang ilmu meliputi pelbagai perspektif termasuklah Islam dan Barat. Hal ini bagi memastikan matlamat kesejahteraan dan keharmonian hidup dapat dikecapi oleh setiap generasi terutama bagi negara yang berlatar belakangkan masyarakat multi etnik. Justeru, makalah ini bertujuan meninjau persamaan dan perbezaan teori dan model semangat kekitaan dari perspektif Islam dan Barat serta serta sejauh mana teori dan model ini dapat memperkukuh perpaduan di Malaysia. Perbincangan ini dibuat melalui metodologi analisis kandungan bersumberkan bahan ilmiah artikel jurnal, prosiding dan buku ilmiah mengenai Teori Semangat Kekitaan (‘asabiyyah) Ibnu Khaldun, Teori Pilihan Glasser dan Kerangka Sense of Belonging (Allen et. al, 2021). Hasil dapatan menunjukkan terdapat persamaan di antara ketiga-tiga teori dan model ini, iaitu dari sudut inti pati teori yang menekankan aspek hubungan sosial manakala perbezaan pula dari sudut mekanisme pembentukan semangat kekitaan. Ketiga-tiga teori dan model ini juga didapati dapat membentuk asas perpaduan yang holistik dalam mendepani isu berkaitan hubungan sosial, pendorong kepada tingkah laku individu dan mekanisme bagi memperkukuh semangat kekitaan di peringkat interpersonal dan intrapersonal. Implikasinya, walaupun teori dan model semangat kekitaan yang dibincangkan dalam makalah ini adalah berbeza dari segi garis masa dan sudut pandang, namun ia masih relevan untuk memperkukuh perpaduan kaum dalam sesebuah negara.