Tinjauan awal terhadap tindakan British dalam usaha berkaitan proses berkerajaan sendiri di Singapura, 1948-1959

Perkembangan nasionalisme yang berlaku pasca pendudukan Jepun pada 1945 menyebabkan rakyat tempatan mula berminat untuk terlibat secara langsung dalam politik negara. Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, desakan terhadap pembentukan kerajaan sendiri tanpa campur tangan dari penjajah semakin men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Naim Fakhirin Rezani
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26171/1/64-74%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26171/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan nasionalisme yang berlaku pasca pendudukan Jepun pada 1945 menyebabkan rakyat tempatan mula berminat untuk terlibat secara langsung dalam politik negara. Berdasarkan kepada perkembangan tersebut, desakan terhadap pembentukan kerajaan sendiri tanpa campur tangan dari penjajah semakin menebal dalam kalangan masyarakat tempatan dan keadaan ini turut berlaku di Singapura. Perkembangan kesedaran nasionalisme di Singapura menyebabkan British bertindak dan mula menyusun tindakan bagi proses berkerajaan sendiri di negara ini bermula dari 1948. Justeru itu, tempoh tersebut dianggap sebagai permulaan terhadap perubahan landskap politik di Singapura melalui pengenalan sistem pilihan raya pada 1948. Selaras dengan tindakan tersebut, Perlembagaan Singapura turut dipinda. Kedua-dua proses untuk berkerajaan sendiri berlaku di Singapura sehingga 1959. Kajian ini mengunakan sumber primer yang diperoleh dari National Archive UK seperti rekod dari Foreign Office, Foreign Commonwealth Office dan Colonial Office. Selain itu, dokumen dari National Archive Singapore seperti dokumen dari Election Department turut dijadikan sebagai sumber untuk rujukan. Dapatan kajian ini merumuskan tindakan yang dilakukan oleh British dalam usaha mempersiapkan proses berkerajaan sendiri di Singapura pada peringkat awal merangkumi dua tindakan utama iaitu pindaan perlembagaan dan perlaksanaan terhadap proses pilihan raya yang dilakukan dalam tempoh 1948-1959.