Spiritualiti Islam dalam pengurusan emosi dalam era digital kontemporari
Perkembangan era digital telah mencetuskan cabaran emosi yang ketara, termasuk tekanan, ketagihan teknologi, dan ketidakseimbangan mental, yang memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan individu. Namun, kajian yang meneliti peranan spiritualiti Islam dalam menangani cabaran ini masih terhad, khus...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26169/1/38-49%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26169/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perkembangan era digital telah mencetuskan cabaran emosi yang ketara, termasuk tekanan, ketagihan teknologi, dan ketidakseimbangan mental, yang memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan individu. Namun, kajian yang meneliti peranan spiritualiti Islam dalam menangani cabaran ini masih terhad, khususnya dalam konteks pengurusan emosi di era digital. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jurang dalam pendekatan sedia ada serta meneroka sumbangan utama elemen spiritualiti Islam dalam membantu individu mengurus emosi secara berkesan dalam era digital. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan terhadap teks-teks spiritual Islam, termasuk al-Quran, hadis, dan karya ulama terdahulu. Selain itu, kajian ini turut menganalisis literatur dalam bidang sosiologi dan psikologi berkaitan cabaran digital untuk memahami implikasi fenomena ini secara menyeluruh. Hasil kajian menunjukkan bahawa prinsip-prinsip spiritual Islam seperti tawakkul, sabar, syukur, dan zikrullah berfungsi sebagai mekanisme strategik dalam mengurangkan tekanan emosi, mengatasi ketagihan teknologi, dan meningkatkan kesejahteraan mental dalam era digital. Penemuan ini menyumbang kepada pengayaan literatur akademik mengenai pengurusan emosi berasaskan Islam serta memberikan implikasi praktikal dalam pendidikan, intervensi psikologi, dan pembangunan masyarakat digital. Kajian ini mencadangkan penyelidikan lanjutan berbentuk kajian empirikal lintas budaya bagi menilai keberkesanan pendekatan ini dalam pelbagai konteks global. |
|---|
