Perlaksanaan Operasi ‘Coldstore’ dan implikasi terhadap prestasi Peoples Action Party pada Pilihan Raya Umum Singapura, 1963

Makalah ini membincangkan perkembangan politik Singapura pada awal 1960-an dengan memberi tumpuan terhadap tindakan kerajaan melaksanakan Operasi ‘Coldstore’. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, rancangan kerajaan untuk melaksanakan Operasi ‘Coldstore’ ini bermula setelah PAP mengalami perpeca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Naim Fakhirin Rezani
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26107/1/_9.%2B%5BHis%5D%2B-%2BMuhammad%2BNaim%2BFakhirin%2BRezani%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26107/
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan perkembangan politik Singapura pada awal 1960-an dengan memberi tumpuan terhadap tindakan kerajaan melaksanakan Operasi ‘Coldstore’. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, rancangan kerajaan untuk melaksanakan Operasi ‘Coldstore’ ini bermula setelah PAP mengalami perpecahan dalaman sehingga tertubuhnya parti Barisan Sosialis. Selain itu, kebangkitan semula pengaruh komunis di Singapura turut mendorong kerajaan bertindak secara drastik dengan melaksanakan operasi tersebut. Kajian ini ditulis dengan menggunakan sumber primer daripada National Archive, Kew dan National Archive, Singapore sebagai sumber utama penulisan. Selain itu, penulisan turut menggunakan akhbar seperti The Straits Times yang diterbitkan dalam tempoh tersebut bagi mendapatkan kesinambungan dengan dokumen sumber primer tersebut. Dapatan hasil kajian ini merumuskan Operasi ‘Coldstore’ yang dilaksanakan ini telah mempengaruhi prestasi PAP pada Pilihan Raya Umum 1963. Selain itu, dapatan kajian turut membincangkan, faktor perlaksanaan Operasi ‘Coldstore’ ini dilakukan bukan sahaja untuk kestabilan politik negara, tetapi turut melibatkan kestabilan politik PAP setelah parti itu mengalami perpecahan dalaman yang ketara sehingga menjejaskan sokongan masyarakat pada peringkat awal.