Penilaian aktiviti antimikrob dan kandungan antioksidan pigmen biji kesumba melalui ujian bioesei

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi farmakologi pigmen semula jadi daripada biji kesumba (Bixa orellana) melalui analisis aktiviti antimikrob dan kandungan antioksidan. Pigmen utama yang dikenali sebagai bixin telah diekstrak menggunakan kaedah pelarut dan dianalisis untuk menilai keberkesana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Atiqah Jamaludin, Razanah Ramya, Rashidi Othman, Mastura Mohtar
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26101/1/_3.%2B%5BEnvi%5D%2B-%2BNur%2BAtiqah%2BJamaludin%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26101/
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi farmakologi pigmen semula jadi daripada biji kesumba (Bixa orellana) melalui analisis aktiviti antimikrob dan kandungan antioksidan. Pigmen utama yang dikenali sebagai bixin telah diekstrak menggunakan kaedah pelarut dan dianalisis untuk menilai keberkesanannya terhadap beberapa strain mikroorganisma patogenik. Mikrob yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada kumpulan bakteria gram-positif dan gram-negatif, serta kulat yis dan dermatofit. Antara strain yang diuji termasuklah Staphylococcus aureus, Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), Pseudomonas aeruginosa, Candida albicans, Microsporum canis dan Trichophyton mentagrophytes. Semua kultur mikroorganisma diperoleh daripada American Type Culture Collection (ATCC) dan diuji menggunakan kaedah Kepekatan Inhibitori Minimum (Minimum Inhibitory Concentration, MIC) untuk menentukan keberkesanan antimikrob bixin. Selain daripada itu, kandungan antioksidan pigmen kesumba dinilai menggunakan kaedah DPPH (2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl), yang mengukur keupayaan bahan untuk menstabilkan radikal bebas. Hasil kajian menunjukkan bahawa pigmen kesumba mempamerkan aktiviti antimikrob yang ketara, khususnya terhadap bakteria gram-positif seperti S. aureus dan dermatofit seperti T. mentagrophytes. Aktiviti antioksidan yang tinggi turut menyumbang kepada kestabilan struktur molekul bixin dan meningkatkan potensinya sebagai agen terapeutik. Secara keseluruhannya, penemuan ini menyokong potensi penggunaan bixin sebagai bahan semula jadi dalam formulasi farmaseutikal moden. Kajian ini juga mengukuhkan lagi nilai perubatan kesumba yang telah lama diamalkan dalam perubatan tradisional Melayu, sekaligus menunjukkan bahawa pengetahuan etnobotani tradisi masih relevan dalam pembangunan ubat-ubatan masa kini.