Penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti luar cuti sekolah: analisis persepsi ibu bapa

Tempoh cuti sekolah kanak-kanak yang panjang perlu diisi dengan melakukan aktiviti berfaedah. Bagi ibu bapa berkerjaya khususnya, penyertaan anak-anak dalam aktiviti luar dapat menyeimbangkan antara tanggungjawab kerja dan keluarga dengan memastikan anak-anak terlibat dalam aktiviti bermanfaat. Mema...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fidlizan Muhammad, Salwa Amirah Awang, Mohd Yahya Mohd Hussin, Azila Abdul Razak, Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26094/1/173-186%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26094/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tempoh cuti sekolah kanak-kanak yang panjang perlu diisi dengan melakukan aktiviti berfaedah. Bagi ibu bapa berkerjaya khususnya, penyertaan anak-anak dalam aktiviti luar dapat menyeimbangkan antara tanggungjawab kerja dan keluarga dengan memastikan anak-anak terlibat dalam aktiviti bermanfaat. Memandangkan penyertaan dalam aktiviti cuti sekolah memerlukan kos, tempat, kesesuaian aktiviti, risiko dan lain-lain, ia menjadi faktor penting dalam mempengaruhi keputusan ibu bapa. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis faktor-faktor mempengaruhi pilihan ibu bapa dalam membuat keputusan penyertaan anak-anak dalam aktiviti luar pada musim cuti sekolah. Instrumen soal selidik digunakan bagi mendapatkan pandangan ibu bapa melibatkan beberapa faktor dikenalpasti seperti penganjur, lokasi, komunikasi, yuran, jurulatih, risiko dan pengalaman sendiri. Seramai 744 orang responden terlibat dalam kajian ini. Analisis regresi berbilang diaplikasi bagi menganalisis pengaruh pemboleh ubah dikaji terhadap kesediaan ibu bapa berkaitan topik kajian. Hasil analisis mendapati, kesemua pemboleh ubah adalah signifikan. Pemboleh ubah lokasi, komunikasi dan yuran didapati mempengaruhi secara negatif, manakala jurulatih, risiko dan pengalaman sendiri pula mempengaruhi secara positif. Kajian mendapati bahawa keputusan ibu bapa dalam memilih aktiviti luar untuk anak-anak semasa cuti sekolah dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang saling berkait. Dapatan ini memberikan panduan kepada penganjur aktiviti untuk menyesuaikan program mereka agar lebih menarik dan relevan dengan keperluan ibu bapa. Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan cadangan kepada penganjur dan pembuat dasar untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti luar dengan merancang program yang mesra pengguna, selamat, dan mampu menarik minat dan menyakinkan ibu bapa. Hal ini dapat membantu memastikan tempoh cuti sekolah dimanfaatkan secara optimum untuk perkembangan holistik kanak-kanak.