Deformasi kerak bumi di Sabah: Keputusan awal pemantauan pergerakan sesar aktif di kawasan Lahad Datu

Berdasarkan rekod United States Geological Survey (USGS) menunjukkan kawasan Lahad Datu pernah dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 6.6 pada tahun 1923 dan magnitud 6.2 pda tahun 1976. Kejadian gempa bumi yang kerap kali berlaku di Lahad Datu adalah menunjukkan bahawa kawasan Lahad Datu adalah me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Bailon Golutin, Ismail Abd Rahim
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26093/1/156-172%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26093/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Berdasarkan rekod United States Geological Survey (USGS) menunjukkan kawasan Lahad Datu pernah dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 6.6 pada tahun 1923 dan magnitud 6.2 pda tahun 1976. Kejadian gempa bumi yang kerap kali berlaku di Lahad Datu adalah menunjukkan bahawa kawasan Lahad Datu adalah mempunyai aktiviti seismik yang aktif. Rekod kekuatan gempa di Lahad Datu adalah lemah, sederhana hingga kuat. Kejadian gempa bumi di kawasan Lahad Datu adalah disebabkan oleh kewujudan sesar aktif. Namun, kajian mengenai sesar aktif di Lahad Datu adalah terbatas dimana sesar-sesar aktif ini belum dicirikan secara terperinci dan belum dipasang stesen pemantauan untuk memantau aktiviti pergerakan sesar aktif ini. Oleh itu, dalam kajian ini pencirian sesar aktif telah dibuat dan data-data pemantauan sesar aktif dari stesen pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) digunakan sebagai analisis. Sebanyak 12 stesen pemantauan monumen GNSS (Global Navigation Satellite System) aktif dan pasif dijalankan analisis untuk tempoh 2019 hingga 2024. Pemantauan GNSS menunjukkan pergerakan mendatar adalah antara 4mm hingga 15mm manakala kadar pergerakan menegak adalah -8mm (menurun) hingga +7mm (menaik). Pergerakan terhadap pergerakan sesar aktif menunjukkan pergerakan relatif ke arah barat. Kehadiran sesar sungkup ENE-WSW dan sesar sinistral NW-SE/WNW-ESE menunjukkan mampatan NW-SE. Sesar-sesar yang dikenalpasti aktif adalah Sesar Tomanggong, Sesar Tabin, Sesar Koyah, Sesar Bakapit, Sesar Bagahak, Sesar Permai, Sesar Makuo, Sesar Silabukan, Sesar Silam, Sesar Sakar, Sesar Lamak, Sesar Sepagaya, Sesar Puyut, Sesar Lahad Datu, Sesar Salyawak, Sesar Tamaco, Sesar Lipad, Sesar Kulamba, Sesar Terusan Segama dan Sesar Manalanun