Kerja wajar dan kebermaknaan sebagai pemacu penglibatan kerja dalam kalangan pekerja Orang Kurang Upaya

Dalam menangani isu peluang pekerjaan dihadapi oleh Orang Kurang Upaya (OKU), usaha untuk mengubah suai dan memperbaiki program, skim, garis panduan dan dasar perlu dijalankan. Namun, jurang yang semakin meningkat antara pekerja biasa dan golongan OKU akibat stigma dan prasangka dalam masyarakat tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rasidah Arshad, Norizan Baba Rahim, Zulnaidi Yaacob
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26092/1/141-155%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26092/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam menangani isu peluang pekerjaan dihadapi oleh Orang Kurang Upaya (OKU), usaha untuk mengubah suai dan memperbaiki program, skim, garis panduan dan dasar perlu dijalankan. Namun, jurang yang semakin meningkat antara pekerja biasa dan golongan OKU akibat stigma dan prasangka dalam masyarakat telah menimbulkan persoalan tentang kemampuan OKU untuk berdikari dan menyumbang kepada pembangunan negara. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik pengaruh kerja wajar dan kebermaknaan kerja serta perkaitannya dengan penglibatan pekerja OKU. Hipotesis kajian ini adalah hubungan langsung yang signifikan antara kerja wajar dan penglibatan pekerja OKU, manakala hubungan tidak langsung wujud melalui kebermaknaan kerja sebagai pengantara. Hipotesis ini diuji menggunakan SPSS versi 28 melibatkan data ke atas 143 pekerja OKU di Malaysia melalui soal selidik dalam talian. Selaras dengan Teori Pemeliharaan Sumber (COR), kajian mendapati hubungan langsung yang signifikan antara kerja wajar dan penglibatan pekerja, dengan kebermaknaan kerja berfungsi sebagai pengantara terhadap hubungan tersebut. Berdasarkan Teori Ciri Pekerjaan (JCM), kajian ini membuktikan kebermaknaan kerja penting sebagai mekanisme yang menjelaskan hubungan tidak langsung antara kerja wajar dan penglibatan pekerja. Dari sudut praktikal, kajian ini menyarankan agar organisasi memahami kaitan antara kerja wajar dan penglibatan pekerja. Ini kerana penglibatan pekerja bukan sahaja meningkatkan motivasi dan produktiviti, tetapi juga membentuk rasa kepunyaan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan golongan OKU dalam kerjaya mereka.