PRU-15 di Negeri Sembilan: kubu parlimen terakhir UMNO di Semenanjung Malaysia?
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022 diketahui secara umum merupakan sebuah episod terburuk bagi Barisan Nasional (BN) terutamanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebagai sebuah parti utama yang memimpin gabungan tersebut. Negeri seperti Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Pe...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26091/1/125-140%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26091/ http://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022 diketahui secara umum merupakan sebuah episod terburuk bagi Barisan Nasional (BN) terutamanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebagai sebuah parti utama yang memimpin gabungan tersebut. Negeri seperti Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah merekodkan sejarah sebagai negeri ‘sifar parlimen’ bagi UMNO buat pertama kalinya. Beberapa parlimen yang selalunya UMNO tidak ada masalah untuk menang di Perak, Pahang dan Johor telah mencatatkan keputusan yang berlawanan. Di sebalik kekalahan besar itu, banyak pihak mungkin terlepas pandang terhadap kejayaan UMNO di Negeri Sembilan apabila kesemua calon UMNO yang mewakili BN telah menang. Oleh yang demikian, makalah ini hadir untuk membincangkan kehadiran faktor-faktor yang mempengaruhi kemenangan UMNO di Negeri Sembilan di samping membandingkannya secara tidak langsung dengan beberapa buah negeri terpilih. Berdasarkan kajian kepustakaan, sesi temu bual dan pemerhatian langsung, terdapat tiga faktor yang telah memberikan kelebihan kepada UMNO di Negeri Sembilan. Pertama ialah ketokohan pemimpin utama UMNO di peringkat negeri dan yang kedua terkait dari segi percaturan calon pilihan raya. Kewujudan faktor ketiga iaitu persaingan tiga penjuru yang menyebabkan perpecahan undi pihak lawan ternyata telah memberi keuntungan kepada UMNO. Ketiga-tiga faktor ini dipercayai lebih banyak pengaruhnya di Negeri Sembilan berbanding di negeri-negeri yang lain. Perbincangan dalam makalah ini menyimpulkan bahawa faktor yang dibincangkan telah menjadikan Negeri Sembilan sebagai kubu parlimen terakhir bagi UMNO di Semenanjung Malaysia semasa PRU-15. Walau bagaimanapun, kehilangan undi popular telah memberi impak yang negatif terhadap status kubu kuatnya. |
|---|
