Idea, definisi, dan struktur program bandar sihat komuniti bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit di Malaysia
Pelaksanaan bandar sihat direncanakan secara dasar di setiap Rancangan Tempatan di seluruh negara, tetapi fenomena Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) tetap meruncing. Timbul persoalan sejauh mana program bandar sihat di Malaysia menyasarkan agenda komuniti berbanding polisi? Jika agenda komuniti bukan...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26089/1/108-124%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26089/ http://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pelaksanaan bandar sihat direncanakan secara dasar di setiap Rancangan Tempatan di seluruh negara, tetapi fenomena Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) tetap meruncing. Timbul persoalan sejauh mana program bandar sihat di Malaysia menyasarkan agenda komuniti berbanding polisi? Jika agenda komuniti bukan sasaran utama, keterlibatan komuniti dalam program bandar sihat adalah pasif, maka tujuan mengurangkan risiko NCD sukar dicapai. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan akar umbi tentang idea, definisi, dan struktur program bandar sihat yang dapat mengurangkan risiko NCD di Malaysia. Ethnographic Decision Tree Modeling (EDTM) digunakan sebagai kaedah kajian. Data dikumpulkan menerusi survei EDTM terhadap 300 peserta I Fit and Eat Right (IFitEr) di Hub Kesejahteraan Kesihatan (WH) Bangi dan Batu Pahat serta temu bual mendalam. Data dianalisis menggunakan model peratus nilai data yang sebenar dan analisis tematik. Dapatan kajian mendapati skor program bandar sihat komuniti antara bandar dengan luar bandar adalah berbeza, di mana program pemakanan sihat dan kesihatan mental tertinggi di Bangi berbanding di Batu Pahat. Hal ini menunjukkan bahawa epidemiologi NCD antara wilayah adalah berbeza. Bagi mengeneralisasikan kedua-dua dapatan tersebut sebagai satu polisi nasional, maka hala tuju bandar sihat komuniti di Malaysia bagi mengurangkan risiko NCD ditetapkan adalah bandar sihat integrasi, dengan penekanannya menurut hierarki adalah pemakanan sihat, kesihatan mental, dan aktiviti fizikal. Pendekatannya bersifat integrasi, in-situ, dan bina upaya komuniti. Kajian ini memberi nilai tambah dari sudut merangka pelan perancangan bandar sihat dan promosi kesihatan yang ideal untuk mengurangkan risiko NCD. |
|---|
