Faktor penyertaan dalam membudaya keselamatan dalam pengurusan pekerja di Institusi Latihan Kemahiran Belia di Malaysia
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amat berkait rapat dengan budaya keselamatan dalam pengurusan organisasi. KKP menjadi isu utama yang melibatkan pekerjaan yang berisiko. Pengurusan KKP yang lemah akan memberi kesan kepada budaya keselamatan dan kebajikan pekerja. Tujuan kajian ini adalah me...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26086/1/80-92%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26086/ http://ejournal.ukm.my/gmjss/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) amat berkait rapat dengan budaya keselamatan dalam pengurusan organisasi. KKP menjadi isu utama yang melibatkan pekerjaan yang berisiko. Pengurusan KKP yang lemah akan memberi kesan kepada budaya keselamatan dan kebajikan pekerja. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti tahap faktor penyertaan dalam budaya keselamatan pengurusan pekerja di 22 buah Institusi Latihan Kemahiran Belia di seluruh negara dengan penglibatan 1,370 pekerja yang telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Reka bentuk kuantitatif telah diadaptasi dengan penggunaan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 28.0. Analisis mendapati konstruk faktor penyertaan secara keseluruhannya memperoleh min 3.86 pada tahap sederhana dengan masing-masing sub konstruk (i) berkewajiban (min 4.21); (ii) penggubalan prosedur dan polisi (min 3.47); dan (iii) keputusan (min 3.69). Hal ini menunjukkan penggubalan prosedur dan polisi perlu dititikberatkan oleh organisasi terutamanya melibatkan pekerja dalam penggubalan arahan, prosedur dan polisi keselamatan di dalam sesebuah organisasi. Perkara ini merupakan tanggungjawab bersama antara pekerja dan organisasi bergerak seiring bagi memberi menjamin kepada tahap keselamatan dan kesihatan semua sebagai pemangkin kepada kesejahteraan organisasi. Justeru, satu Garis Panduan Institusi Latihan Kemahiran Belia perlu dipertimbangkan bagi meningkatkan budaya keselamatan yang positif agar mencapai tahap kemalangan sifar. |
|---|
