Surat Persendirian Baginda Omar sebagai karangan tinggi seperti diajukan oleh Za'ba

Surat Persendirian Baginda Omar disenaraikan di bawah program Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MOWCAP) Regional Register dan merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat Asia Pasifik bagi kategori manuskrip dan dokumentari warisan. Ia adalah himpunan surat-menyurat daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Faizal Musa
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26054/1/74%20%E2%80%93%2086%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26054/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Surat Persendirian Baginda Omar disenaraikan di bawah program Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MOWCAP) Regional Register dan merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat Asia Pasifik bagi kategori manuskrip dan dokumentari warisan. Ia adalah himpunan surat-menyurat daripada pemerintah Terengganu, Tengku Omar Ibni Sultan Ahmad Shah I, Sultan Terengganu Darul Iman IX (1839–1876), yang juga dikenali sebagai Baginda Omar. Koleksi ini terdiri dari 55 pucuk surat asal dan satu pengisytiharan rasmi merentasi lima dekad penuh pergolakan (1844–1893) dalam sejarah Terengganu. Makalah ini akan menyorot surat-surat persendirian ini sebagai ‘Karangan Tinggi’ menurut kerangka yang dikemukakan oleh Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba seperti mana diketengahkan oleh beliau dalam Ilmu Mengarang Melayu (1934) di mana surat diplomatik, memorandum keluarga, arahan perniagaan, dan maklumat siasah di dalam khazanah Sultan Omar ini akan dikupas berdasarkan pertama, persediaan isinya; kedua, rangka karangan; ketiga, pembatas karangan; dan akhir sekali menyorot pembuka dan penutup karangan. Kupasan ini adalah bersandarkan sebahagian warkah diraja koleksi terbitan Yayasan DiRaja Sultan Mizan dengan suntingan oleh Raimy Ché-Ross. Pengkaji mendapati Surat Persendirian Baginda Omar dapat diangkat dan dijadikan panduan selaku ‘Karangan Tinggi’ untuk rujukan pengkaji dan diajukan sebagai bahan bacaan pelajar sekolah menengah.