Fiqh al-watan dan legitimasi Islam tempatan: satu kerangka dekolonisasi

Artikel ini membincangkan gagasan fiqh al-watan sebagai suatu kerangka pemikiran dan tindakan untuk memulihkan legitimasi Islam tempatan yang semakin terhakis akibat daripada kolonialisme, dominasi pemikiran transnasional dan krisis institusi warisan yang telah lama berakar dalam struktur masyarakat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azman Yusof, Ibrahim Majdi Mohd kamil, Amran Muhammad, Rahimin Affandi Abdul Rahim
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26052/1/53%20%E2%80%93%2064%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26052/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan gagasan fiqh al-watan sebagai suatu kerangka pemikiran dan tindakan untuk memulihkan legitimasi Islam tempatan yang semakin terhakis akibat daripada kolonialisme, dominasi pemikiran transnasional dan krisis institusi warisan yang telah lama berakar dalam struktur masyarakat Islam di Nusantara. Melalui kaedah analisis literatur, artikel ini mengemukakan bahawa fiqh al-watan bukan sekadar pendekatan hukum lokal yang bersifat teknikal, tetapi merupakan suatu strategi dekolonisasi yang menyeluruh. Strategi ini meliputi pelbagai aspek penting termasuk epistemologi ilmu, kerangka perundangan, institusi keagamaan, dan sistem nilai yang menjadi asas kepada pembinaan semula identiti dan pemikiran Islam yang lebih kontekstual serta autentik. Cadangan pelaksanaan kerangka fiqh al-watan turut dibentangkan secara sistematik merangkumi tiga komponen utama, iaitu prinsip asas yang menjunjung maqasid syariah dan maslahat tempatan, struktur tindakan yang bersifat praksis dan responsif terhadap realiti semasa, serta langkah institusionalisasi bagi memastikan kesinambungan dan keberkesanan dalam jangka panjang. Pendekatan ini dirumuskan untuk menanggapi pelbagai cabaran kontemporari, termasuk ancaman ekstremisme agama, kecenderungan sekularisme radikal, dan krisis kepercayaan terhadap institusi keagamaan. Artikel ini menyarankan bahawa gagasan fiqh al-watan ini mampu menjadi jalan tengah antara ekstremisme dan sekularisme, sekali gus mengharmonikan tuntutan agama dan keperluan kenegaraan dalam kerangka nilai-nilai tempatan yang berpaksikan sejarah, budaya dan adab Islam di rantau ini. Pendekatan ini mampu memberikan asas yang kukuh bagi pembentukan dasar agama dan negara yang lebih berteraskan realiti masyarakat Islam Nusantara.