Toponimi Sakai-Melayu di Riau
Toponimi ialah kajian saintifik tentang penamaan sesuatu tempat. Kajian toponimi bersifat rentas disiplin, yang melibatkan bidang linguistik, geografi, sejarah, budaya, sosial dan politik. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat etimologi dan mengklasifikasi nama tempat yang berkaitan dengan bahasa Sak...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26051/1/41%20%E2%80%93%2052%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26051/ http://ejournal.ukm.my/jatma/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Toponimi ialah kajian saintifik tentang penamaan sesuatu tempat. Kajian toponimi bersifat rentas disiplin, yang melibatkan bidang linguistik, geografi, sejarah, budaya, sosial dan politik. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat etimologi dan mengklasifikasi nama tempat yang berkaitan dengan bahasa Sakai di Riau. Secara khusus, kawasan kajian tertumpu di Mandau dan Pinggir. Kajian ini menggunakan pendekatan toponimi deskriptif, yang tertumpu pada aspek geografi dan sejarah. Pengumpulan data dilakukan berdasarkan kaedah fotografi dan temu bual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa nama tempat di Riau menggunakan hukum D-M, misalnya Sungai Mandau dan Jalan Kayu Manis. Pola nama tempat di kawasan boleh dibahagikan kepada 4, iaitu bahasa Sakai, bahasa Melayu, bahasa Jawa dan bahasa Arab. Kategori toponimi terbahagi kepada dua, iaitu toponimi natural dan toponim ciptaan. Hasil kajian mendapati nama tempat di Riau cenderung menggunakan toponimi natural, yang berkaitan flora (Jalan Mawar, Sungai Sikai) dan fauna (Gajah Sakti), manakala toponimi ciptaan terdiri dari nama umum dan nama khusus. Nama umum merujuk kepada nama am, misalnya Jalan Rokan dan Jalan Damai. Nama khusus pula memilih nama komemoratif dan tokoh tempatan, misalnya Jalan Jenderal Sudirman dan Jalan Tambusai. Keseluruhannya, nama tempat di Riau cenderung menggunakan bahasa Sakai, yang banyak dipengaruhi alam sekitar. |
|---|
