Penglibatan Kesatuan Melayu Singapura dalam politik dan pilihan raya di Singapura, 1926-1959
Kajian ini membincangkan perkembangan nasionalisme di Singapura pada awal 1920-an dengan memberi tumpuan terhadap persatuan yang berpengaruh iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, KMS merupakan persatuan masyarakat Melayu pertama di Singapura dan menjadi sig...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26048/1/3%20%E2%80%93%2013%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26048/ http://ejournal.ukm.my/jatma/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini membincangkan perkembangan nasionalisme di Singapura pada awal 1920-an dengan memberi tumpuan terhadap persatuan yang berpengaruh iaitu Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, KMS merupakan persatuan masyarakat Melayu pertama di Singapura dan menjadi signifikasi penting terhadap perkembangan nasionalisme di negara itu. Dalam tempoh 1930-an hingga 1940-an, KMS memain peranan dalam usaha menyedarkan masyarakat Melayu untuk terlibat dalam politik dan ekonomi di Singapura. Manakala pada 1950-an, KMS mula terlibat secara langsung dalam politik Singapura apabila menyertai pilihan raya yang diadakan. Kajian ini ditulis dengan menggunakan sumber primer dari National Archive, Kew dan National Archive Singapore sebagai sumber utama penulisan. Selain itu, penulisan turut menggunakan akhbar The Straits Times, Berita Harian dan Utusan Melayu yang diterbitkan dalam tempoh tersebut bagi mendapatkan kesinambungan dengan dokumen sumber primer itu. Dapatan kajian ini membincangkan penglibatan KMS dalam politik Singapura berdasarkan pencapaian parti itu dalam dua pilihan raya yang disertai iaitu Pilihan Raya Umum 1955 dan Pilihan Raya Umum 1959. Selain itu, dapatan kajian turut membincangkan faktor kegagalan KMS dalam arena politik di Singapura melibatkan dua perkara utama iaitu kegagalan bersaing dengan UMNO dan PAP serta isu yang diperjuangkan tidak relevan dengan situasi semasa. |
|---|
