Pemetaan bahan bakar bagi pengurusan kebakaran hutan di Semenanjung Malaysia

Pemetaan bahan bakar merupakan elemen terpenting di dalam penentuan potensi serta risiko kebakaran hutan, selain dapat membantu di dalam simulasi pergerakan serta intensiti api dalam sesebuah kebakaran. Pemetaan bahan bakar ini memerlukan proses yang sangat kompleks bermula dengan cerapan di lapan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Dini Hairi Suliman, Mastura Mahmud
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11897/1/17861-51783-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/11897/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/issue/view/923
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemetaan bahan bakar merupakan elemen terpenting di dalam penentuan potensi serta risiko kebakaran hutan, selain dapat membantu di dalam simulasi pergerakan serta intensiti api dalam sesebuah kebakaran. Pemetaan bahan bakar ini memerlukan proses yang sangat kompleks bermula dengan cerapan di lapangan, pemprosesan imej satelit, pembangunan pengkalan data sehingga paparan di dalam internet melalui medium WebGIS bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia. Pemprosesan imej satelit SPOT-5 menghasilkan lapan kelas bahan bakar dan kemudian digabungkan dengan peta jenis tanah bagi membentuk enam belas jenis kelas bahan bakar. Hasil pengkelasan bahan bakar ini dapat dijadikan panduan serta amaran awal untuk pengurusan kebakaran hutan selain mengekang kawasan yang dikenalpasti sebagai titik panas dan berpotensi tercetusnya kejadian kebakaran hutan.