Pembangunan dan penilaian kepenggunaan perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia
Terdapat dua halangan utama bagi melaksana pendidikan seksualiti di Malaysia. Pertama, salah faham dalam kalangan rakyat tentang objektif melaksana pendidikan seksualiti. Kedua, pendapat yang mengatakan pendidikan seksualiti adalah bertentangan dengan nilai keagamaan. Justeru, kajian pembangunan dan...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6256/1/1599-3015-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/6256/ http://www.ftsm.ukm.my/apjitm/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Terdapat dua halangan utama bagi melaksana pendidikan seksualiti di Malaysia. Pertama, salah faham dalam kalangan rakyat tentang objektif melaksana pendidikan seksualiti. Kedua, pendapat yang mengatakan pendidikan seksualiti adalah bertentangan dengan nilai keagamaan. Justeru, kajian pembangunan dan penilaian perisian kursus pendidikan seksualiti Malaysia (MSE) dijalankan bagi mengenal pasti punca permasalahan dan penyelesaian terhadap salah faham tersebut. Kajian yang menghasil sebuah aplikasi MSE direka bentuk berasaskan subjek seksualiti yang terkandung dalam mata pelajaran sains tingkatan tiga sekolah menengah. Kajian bermula dengan pembangunan kerangka teoretikal MSE, yang terdiri daripada beberapa teori pembelajaran dan teori interaksi antara komputer dan manusia. Model AUSDU direka bentuk bagi memandu proses dalam metod penyelidikan MSE dengan menggabung model ADDIE, teori reka bentuk berpusatkan penggunaan dan konsep kepenggunaan. Beberapa konstruk penilaian kepenggunaan seperti keberkesanan, kecekapan, kepuasan dan kebolehan pembelajaran diberi tumpuan dalam kajian penilaian MSE. Kajian menunjukkan MSE bukan sahaja mampu meningkat prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut, malah pengguna berpuas hati dengan antara muka MSE yang interaktif. |
|---|
