Ulasan Buku / Book Review

Buku ini adalah kompilasi teks ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC, juga sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Berkecuali atau NAM. Walau pun ucapan-ucapan ini disampaikan di dalam situasi dan audien yang pelb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Abd Hamid bin Wan Teh
Format: Article
Language:en
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/237/1/1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/237/
http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku ini adalah kompilasi teks ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC, juga sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Berkecuali atau NAM. Walau pun ucapan-ucapan ini disampaikan di dalam situasi dan audien yang pelbagai, namun idea besarnya serta temanya tetap satu, iaitu mesej Islam Hadhari yang tentunya bersifat global. Mesej ini dibentangkan di dalam pelbagai forum setempat dan antarabangsa. Ada bahagian buku dipetik daripada Ucapan Dasar Presiden di dalam Persidangan Agung UMNO, ada yang diambil daripada ucapan yang disampaikan di dalam forum di Dubai, daripada syarahan di dalam majlis Women Institute of Management Annual Lecture di Kuala Lumpur, ada ucapan yang disampaikan di Jeddah, ucapan yang disampaikan di Bangunan Parlimen Wellington, New Zealand, ucapan di bangunan Parlimen Canberra, Australia, ada ucapan di Berlin, Jerman, ada ucapan di dalam sidang kemuncak Islam di Jeddah, ada ucapan yang disampaikan di Persidangan Cendekiawan Islam Antarabangsa di Jakarta, ada ucapan di United Nation University, Tokyo, dan lain-lain lagi. Penyataan penulis ini benar-benar meletakkan beliau di persada dunia sebagai pendukung Islam yang benar-benar yakin akan mesej Islam yang syumul yang universal sifatnya.