Pengaruh pertimbangan moral sebagai mediator ke atas hubungan antara sokongan sosial dan atmosfera moral terhadap disiplin pelajar sekolah menengah

Kewujudan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah menengah semakin meningkat. Fenomena ini, kini menjadi norma Baharu dalam landskap persekolahan. Justeru, kajian dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara sokongan sosial dan atmosfera moral terhadap disiplin p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fadhlyn Syakina, Abdullah
Format: Thesis
Language:Malay
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11578/1/FADHLYN-828721_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11578/2/FADHLYN-828721_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11578/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewujudan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja terutamanya pelajar sekolah menengah semakin meningkat. Fenomena ini, kini menjadi norma Baharu dalam landskap persekolahan. Justeru, kajian dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara sokongan sosial dan atmosfera moral terhadap disiplin pelajar sekolah menengah. Manakala, pengaruh pertimbangan moral dijadikan sebagai pemboleh ubah mediator. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hubungan antara sokongan sosial diukur dengan menggunakan Soal Selidik Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) dari Zimet et al.(1988), School Moral Atmosphere Questionnaire, pertimbangan moral diukur dengan Ujian Pengecaman Skema Taakulan Akhlak (UPSTA) dan kecenderungan tingkah laku delinkuen menggunakan soal selidik Delinquency Scale. Kaedah persampelan rawak berstrata dengan stratifikasi tidak proposional telah digunakan untuk memilih 390 pelajar secara rawak dari tiga buah sekolah di sekitar bandar Taiping, Perak. Berdasarkan Ujian-t, dapatan menunjukkan tiada perbezaan dalam sokongan sosial, atmosfera moral, dan disiplin pelajar berdasarkan jantina. Dapatan analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan antara sokongan sosial, atmosfera moral, dan pertimbangan moral terhadap disiplin pelajar. Analisis regrasi pula menunjukkan bahawa terdapat pengaruh pertimbangan moral sebagai mediator penuh antara sokongan sosial dan atmosfera moral terhadap disiplin pelajar sekolah menengah. Implikasi kajian dari aspek teoritikal menunjukkan bahawa terdapat persamaan antara teori Kohlberg dengan dapatan kajian yang melibatkan pengaruh pertimbangan moral membantu membimbing tingkah laku pelajar sekolah menengah dengan merangsang pemikiran bermoral yang mempengaruhi keputusan mereka. Selain itu, sokongan sosial dan atmosfera moral yang kuat dapat membantu pelajar membangun secara holistik, merangkumi pelbagai aspek kehidupan secara menyeluruh dan bersepadu.