Model pemaparan watak wira sastera Melayu dalam media digital
Wira merupakan suatu simbol kepada sesebuah kebudayaan. Ia menceritakan perihal pegangan hidup, nilai moral dan sosial suatu kumpulan. Masyarakat Melayu mempunyai berbagai watak wira dalam karya klasik yang diwarisi dari generasi ke generasi. Hal ini menjadikan wira sebagai sebuah kesenian yang bers...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English |
Published: |
2024
|
Subjects: | |
Online Access: | https://etd.uum.edu.my/11475/1/depositpermission.pdf https://etd.uum.edu.my/11475/2/s830862_01.pdf https://etd.uum.edu.my/11475/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Wira merupakan suatu simbol kepada sesebuah kebudayaan. Ia menceritakan perihal pegangan hidup, nilai moral dan sosial suatu kumpulan. Masyarakat Melayu mempunyai berbagai watak wira dalam karya klasik yang diwarisi dari generasi ke generasi. Hal ini menjadikan wira sebagai sebuah kesenian yang bersifat terangkum dan sepunya bagi mewakili pemiliknya. Senario hari ini memperlihatkan pelbagai watak wira dari teks-teks kesusasteraan mula mendapat sentuhan teknologi digital. Meskipun ia merupakan satu perkembangan yang baik namun terdapat segelintir wira telah dibentuk menyimpang daripada rupa asalnya sehingga menjejaskan fungsi seorang wira. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti serta membincangkan pemaparan wira dalam media digital dan teks sastera Melayu yang dibataskan kepada watak Hang Tuah, Merong Mahawangsa dan Badang dalam teks Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu. Manakala filem yang digunakan adalah Puteri Gunung Ledang (2004), Hikayat Merong Mahawangsa (2011) dan Magika (2010). Hasil perbincangan akan digunakan untuk membentuk satu model pemaparan wira dalam media digital. Perbincangan dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif berserta kaedah analisis teks. Analisis teoretis dilaksanakan dengan menggunakan teori The Hero’s Journey oleh Joseph Campbell (1949) serta teori adaptasi oleh Desmond dan Hawkes (2006) sebagai landasan analisis kesemua wira terpilih. Hasil kajian mendapati kesemua wira pilihan boleh dianggap sebagai wira berdasarkan teori The Hero’s Journey dan seterusnya pemaparan mereka telah dibentuk menggunakan teknik adaptasi longgar apabila pelbagai perwatakan asal telah diubah, ditambah atau digugurkan. Kajian ini mendapati hal tersebut berlaku ekoran konsep wira yang telah diperluaskan berserta beberapa aspek maskuliniti yang telah ditetapkan oleh masyarakat moden berkaitan pemerihalan seorang wira. Oleh itu, satu model pemaparan telah dibentuk sebagai rujukan untuk membentuk wira yang sesuai dijadikan contoh dan ikutan oleh masyarakat kontemporari dalam media digital. Secara tidak langsung kajian ini turut menggesa pemeriksaan kritikal terhadap implikasi penyesuaian wira dalam media digital terhadap nilai dan tingkah laku masyarakat kontemporari. |
---|