Al-Aslu Fi Al-Asyya’ Baina Al-Ibahah Aw Al-Hazr: Pemakaiannya dalam Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Kajian ini cuba mendedahkan permasalahan mengenai asal sesuatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang jelas dan terperinci samada ianya haram ataupun harus, ini kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai perkara ini, di mana sebahagian daripada mereka telah menjadikan al aslu fi al asyy...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Mushaddad Hasbullah, Zulfaqar Mamat, Mohamad Zaharuddin Zakaria
التنسيق: مقال
اللغة:Malay
منشور في: Universiti Sains Islam Malaysia 2019
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/18151
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini cuba mendedahkan permasalahan mengenai asal sesuatu perkara yang tidak mempunyai dalil yang jelas dan terperinci samada ianya haram ataupun harus, ini kerana para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenai perkara ini, di mana sebahagian daripada mereka telah menjadikan al aslu fi al asyya’ al ibahah sebagai satu kaedah fiqhiah yang digunapakai dalam mazhab, dan sebahagian yang lain menggunakan kaedah al aslu fi al asyya’ al hazr. Penulis cuba menjelaskan perselisihan ulama mengenai perkara tersebut beserta dengan dalil-dalil dan pendapat yang rajih. Seterusnya penulis menilai pemakaian kaedah ini dalam MJFK, dimana ia menunjukkan pengaplikasiannya lebih tertumpu dalam bab hukum berkaitan makanan dan minuman. Kajian juga mendapati kaedah ini bukan digunakan sebagai dalil utama sebaliknya hanya sebagai hujah yang menyokong dalil utama tersebut. Adalah diharap agar kajian ini akan dapat memberi satu pendedahan baru kepada masyarakat tentang penggunaan kaedah al aslu fi al asyya’ al ibahah dalam pembuatan sesuatu keputusan hukum.