Mengaplikasikan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan ke dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja, Tentera Darat Malaysia
Sebagai sebuah agensi senggaraan dan pembaikan bagi Tentera Darat, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi Kor JLJ DiRaja tidak dapat dipertikaikan. Walaupun Kor JLJ DiRaja (sebagai sebuah sub-sistem Angkatan Tentera) dikecualikan dari Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115122/1/115122.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115122/ http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18222 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sebagai sebuah agensi senggaraan dan pembaikan bagi Tentera Darat,
kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi Kor JLJ DiRaja tidak
dapat dipertikaikan. Walaupun Kor JLJ DiRaja (sebagai sebuah sub-sistem
Angkatan Tentera) dikecualikan dari Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan, aspek keselamatan dan
kesihatan tidak diabaikan dan sebaliknya, telah menjadi sebahagian dari
budaya kerja organisasi ini dari semenjak penubuhannya pada tahun 1957
lagi.
Kor JLJ DiRaja kini menggunakan peraturan-peraturan dan garis panduan
mengenai keselamatan dan kesihatan yang diwarisi dari Angkatan Tentera
British yang telah diubahsuai bagi memenuhi keperluan dan kesesuaian
perkhidmatan sekarang. Di samping itu, Kor JLJ DiRaja juga sentiasa sahaja
menggubal peraturan tambahan untuk memenuhi keperluan yang wujud dari
masa ke semasa. Proses penggubalan peraturan ini bagaimanapun hanya
dilaksanakan secara bersendirian tanpa merujuk kepada Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan.
Walaupun menyedari betapa mustahaknya Akia Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan, Kor JLJ DiRaja juga
sehingga sekarang tidak pernah berusaha untuk mengaplikasikan akta
berkenaan ke dalam perkhidmatannya. Justeru itu, kajian ini telah
dilaksanakan bagi mengenalpasti kesesuaian untuk mengaplikasikan akta ini
ke dalam Kor JLJ DiRaja agar ia bukan sahaja dapat mempertingkatkan
tahap profesionalisma organisasi tetapi dalam masa yang sama boleh
menambah baik moral dan keberkesanan setiap warganya.
Kajian ini telah medapati bahawa terdapat banyak peraturan-peraturan
keselamatan dan kesihatan yang digunapakai oleh Kor JLJ DiRaja sekarang
menyerupai dengan peraturan-peraturan di dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan, walaupun
ianya digubal secara berasingan. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan
akta ini ke dalam Kor JLJ DiRaja hanya akan melibatkan pengubahsuaian
sistem perundangan dan pentadbiran sekarang secara minimum sahaja.
Namun demikian ia hanya boleh dilaksanakan apabila akta ini dibaca atau
digunakan secara bersama dengan Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77)
dan perundangan kecil yang berkaitan dan tidak secara bersendirian.
Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturan-Peraturan sesuai untuk
diaplikasikan ke dalam Kor JLJ DiRaja semasa organisasi ini melaksanakan
tanggungjawabnya semasa aman di pangkalan dan dalam keadaan statik. |
---|