Pemanasan lebih dibengkel kimpalan dan fabrikasi logam

Projek ini dibuat untuk mengatasi keadaan suhu yang panas dengan memberikan beberapa cadangan pengubahsuaian terhadap bengkel kimpalan yang sedia ada. Pengubahsuaian yang dibuat berdasarkan sebut harga dari pembekal-pembekal dengan harga mengikut keadaan semasa. Selepas mendapatkan sebutharga da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar, Abdul Rahim
Format: Thesis
Language:English
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115081/1/115081.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/115081/
http://ethesis.upm.edu.my/id/eprint/18217
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek ini dibuat untuk mengatasi keadaan suhu yang panas dengan memberikan beberapa cadangan pengubahsuaian terhadap bengkel kimpalan yang sedia ada. Pengubahsuaian yang dibuat berdasarkan sebut harga dari pembekal-pembekal dengan harga mengikut keadaan semasa. Selepas mendapatkan sebutharga dan kaedah yang sesuai, satu simulasi pengkomputeran menggunakan perisian Computational Fluid Dynamics dengan kod nama FLUENT dibuat untuk melihat keberkesanan cadangan. Pengukuran kadar haba dilakukan dengan menggunakan alat sling psychrometer, globe thermometer dan gas pengesan. Ujian suhu dibahagikan kepada 4 keadaan iaitu pertama keadaan di mana bengkel tersebut terbuka sepenuh (keadaan biasa) dengan pelatih melakukan pekerjaan di dalamnya. Kedua di mana bengkel ditutup sebahagian dan tiada pekerjaan dilakukan. Ketiga bengkel ditutup sepenuhnya tiada pelatih di dalam dan keempat keadaan bengkel disalut (insulate) sepenuhnya menggunakan kertas aluminium. Keselesaan pada bengkel ini adalah perlu kerana penggunanya adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang memerlukan keselesaan bagi melakukan aktiviti-aktiviti bengkel. Adalah diharapkan dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat menjadikan keadaan tempat kerja lebih selesa. Keadaan tempat kerja yang selesa akan dapat meningkatkan prestasi pelajar secara amnya.