Memperkasa nilai keharmonian masyarakat majmuk madani berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah
Keharmonian merupakan tunjang kepada kesatuan dan tanpa adanya perpaduan, adalah mustahil sesebuah masyarakat berdaya untuk menapak maju ke hadapan. Kemajmukan masyarakat pula merupakan salah satu cabaran dalam menerapkan nilai keharmonian kerana kepelbagaian identiti dan latar mewujudkan perbezaan...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Article |
语言: | English |
出版: |
Penerbit KUIS
2024
|
主题: | |
在线阅读: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43227/1/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43227/ |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Keharmonian merupakan tunjang kepada kesatuan dan tanpa adanya perpaduan, adalah mustahil sesebuah masyarakat berdaya untuk menapak maju ke hadapan. Kemajmukan masyarakat pula merupakan salah satu cabaran dalam menerapkan nilai keharmonian kerana kepelbagaian identiti dan latar mewujudkan perbezaan yang boleh membawa kepada konflik serta ketegangan. Nilai keharmonian ini sememangnya bergerak seiring dengan pembentukan masyarakat madani. Ketika Rasulullah SAW mula-mula dilantik menjadi utusan Allah, mesej kesejahteraan dan kerharmonian merupakan di antara perkara yang baginda tekankan kerana masyarakat tanah Arab pada zaman tersebut terkenal dengan sikap asabiyah. Usaha baginda SAW ini berjaya membuahkan hasil dengan pembentukan negara Islam Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar masyarakat. Ini membuktikan bahawa keharmonian boleh diterapkan walaupun adanya perbezaan dan prinsip pembangunan negara Islam Madinah boleh kita jadikan contoh. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji kaedah dan formula bagi memperkasa nilai keharmonian dalam masyarakat majmuk melalui analisis ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Berdasarkan kajian, terdapat tiga konsep yang boleh dipraktikkan iaitu al-ta‘āruf, al-ta‘āwun, dan al-tanāsuh. Ketigatiga konsep ini boleh dijadikan kerangka dalam membangunkan program serta aktiviti model insan untuk memperkasa keharmonian dalam pelbagai peringkat institusi dan lapisan masyarakat. |
---|