Memperkasa nilai keharmonian masyarakat majmuk madani berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah

Keharmonian merupakan tunjang kepada kesatuan dan tanpa adanya perpaduan, adalah mustahil sesebuah masyarakat berdaya untuk menapak maju ke hadapan. Kemajmukan masyarakat pula merupakan salah satu cabaran dalam menerapkan nilai keharmonian kerana kepelbagaian identiti dan latar mewujudkan perbezaan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Yasir Ramlee
格式: Article
语言:English
出版: Penerbit KUIS 2024
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43227/1/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43227/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Keharmonian merupakan tunjang kepada kesatuan dan tanpa adanya perpaduan, adalah mustahil sesebuah masyarakat berdaya untuk menapak maju ke hadapan. Kemajmukan masyarakat pula merupakan salah satu cabaran dalam menerapkan nilai keharmonian kerana kepelbagaian identiti dan latar mewujudkan perbezaan yang boleh membawa kepada konflik serta ketegangan. Nilai keharmonian ini sememangnya bergerak seiring dengan pembentukan masyarakat madani. Ketika Rasulullah SAW mula-mula dilantik menjadi utusan Allah, mesej kesejahteraan dan kerharmonian merupakan di antara perkara yang baginda tekankan kerana masyarakat tanah Arab pada zaman tersebut terkenal dengan sikap asabiyah. Usaha baginda SAW ini berjaya membuahkan hasil dengan pembentukan negara Islam Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar masyarakat. Ini membuktikan bahawa keharmonian boleh diterapkan walaupun adanya perbezaan dan prinsip pembangunan negara Islam Madinah boleh kita jadikan contoh. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengkaji kaedah dan formula bagi memperkasa nilai keharmonian dalam masyarakat majmuk melalui analisis ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Berdasarkan kajian, terdapat tiga konsep yang boleh dipraktikkan iaitu al-ta‘āruf, al-ta‘āwun, dan al-tanāsuh. Ketigatiga konsep ini boleh dijadikan kerangka dalam membangunkan program serta aktiviti model insan untuk memperkasa keharmonian dalam pelbagai peringkat institusi dan lapisan masyarakat.