Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi

Kurikulum mata pelajaran Perniagaan sekolah menengah merupakan kurikulum yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. Namun, wujud kelemahan yang menjadi cabaran dalam pelaksanaan kurikulum ini yang perlu dinilai semula. Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sharifah Norfadella, Syed Azmi
Format: Thesis
Published: 2024
Subjects:
Online Access:http://studentsrepo.um.edu.my/15558/1/Sharifah_Norfadella.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15558/2/Sharifah_Norfadella.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15558/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.um.stud.15558
record_format eprints
spelling my.um.stud.155582025-02-19T18:11:34Z Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi Sharifah Norfadella, Syed Azmi LB1603 Secondary Education. High schools LB2361 Curriculum Kurikulum mata pelajaran Perniagaan sekolah menengah merupakan kurikulum yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. Namun, wujud kelemahan yang menjadi cabaran dalam pelaksanaan kurikulum ini yang perlu dinilai semula. Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Perniagaan dengan menggunakan Model Penilaian CIPP yang menilai aspek konteks berkaitan kesesuaian kandungan kurikulum berdasarkan matlamat dan objektif, aspek input berkaitan kesediaan guru dan pelajar serta peranan pentadbir, aspek proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP), pentaksiran bilik darjah (PBD) dan kerja kursus, serta aspek produk meliputi tahap pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap pelajar. Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif digunakan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan data tinjauan dan temu bual. Persampelan rawak berstrata digunakan bagi menentukan responden seramai 389 pelajar dan 32 guru di 32 buah sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor manakala 3 responden temu bual dalam kalangan Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). Perisian IBM SPSS Versi 26.0 digunakan untuk menganalisis data tinjauan manakala analisis tematik diaplikasikan untuk memproses data temu bual. Dapatan data tinjauan menunjukkan penilaian konteks dan input dari sudut kesediaan guru dan peranan pentadbir berada pada tahap yang tinggi manakala penilaian input dari sudut kesediaan pelajar, penilaian proses PdP, PBD dan kerja kursus serta penilaian produk merangkumi tahap pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap pelajar menunjukkan tahap sederhana. Ujian Spearman rho menunjukkan terdapat hubungan secara signifikan antara pengetahuan dan kemahiran dengan perubahan sikap. Dapatan analisis tematik menunjukkan peruntukan tempoh masa pelaksanaan kerja kursus kurang mencukupi dan peruntukan markah kerja kursus juga kurang realistik. Implikasinya, budaya pembelajaran abad ke 21 dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran guru, peranan pentadbir, tempoh pelaksanaan kerja kursus dan peruntukan markah yang lebih relevan dicadangkan untuk penambahbaikan. Penggunaan kaedah pengumpulan data dan skop kajian yang berbeza dicadangkan untuk kajian masa hadapan. 2024-12 Thesis NonPeerReviewed application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15558/1/Sharifah_Norfadella.pdf application/pdf http://studentsrepo.um.edu.my/15558/2/Sharifah_Norfadella.pdf Sharifah Norfadella, Syed Azmi (2024) Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi. Masters thesis, Universiti Malaya. http://studentsrepo.um.edu.my/15558/
institution Universiti Malaya
building UM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Malaya
content_source UM Student Repository
url_provider http://studentsrepo.um.edu.my/
topic LB1603 Secondary Education. High schools
LB2361 Curriculum
spellingShingle LB1603 Secondary Education. High schools
LB2361 Curriculum
Sharifah Norfadella, Syed Azmi
Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi
description Kurikulum mata pelajaran Perniagaan sekolah menengah merupakan kurikulum yang mula diperkenalkan pada tahun 2017. Namun, wujud kelemahan yang menjadi cabaran dalam pelaksanaan kurikulum ini yang perlu dinilai semula. Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Perniagaan dengan menggunakan Model Penilaian CIPP yang menilai aspek konteks berkaitan kesesuaian kandungan kurikulum berdasarkan matlamat dan objektif, aspek input berkaitan kesediaan guru dan pelajar serta peranan pentadbir, aspek proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP), pentaksiran bilik darjah (PBD) dan kerja kursus, serta aspek produk meliputi tahap pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap pelajar. Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif digunakan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan data tinjauan dan temu bual. Persampelan rawak berstrata digunakan bagi menentukan responden seramai 389 pelajar dan 32 guru di 32 buah sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor manakala 3 responden temu bual dalam kalangan Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP). Perisian IBM SPSS Versi 26.0 digunakan untuk menganalisis data tinjauan manakala analisis tematik diaplikasikan untuk memproses data temu bual. Dapatan data tinjauan menunjukkan penilaian konteks dan input dari sudut kesediaan guru dan peranan pentadbir berada pada tahap yang tinggi manakala penilaian input dari sudut kesediaan pelajar, penilaian proses PdP, PBD dan kerja kursus serta penilaian produk merangkumi tahap pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap pelajar menunjukkan tahap sederhana. Ujian Spearman rho menunjukkan terdapat hubungan secara signifikan antara pengetahuan dan kemahiran dengan perubahan sikap. Dapatan analisis tematik menunjukkan peruntukan tempoh masa pelaksanaan kerja kursus kurang mencukupi dan peruntukan markah kerja kursus juga kurang realistik. Implikasinya, budaya pembelajaran abad ke 21 dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran guru, peranan pentadbir, tempoh pelaksanaan kerja kursus dan peruntukan markah yang lebih relevan dicadangkan untuk penambahbaikan. Penggunaan kaedah pengumpulan data dan skop kajian yang berbeza dicadangkan untuk kajian masa hadapan.
format Thesis
author Sharifah Norfadella, Syed Azmi
author_facet Sharifah Norfadella, Syed Azmi
author_sort Sharifah Norfadella, Syed Azmi
title Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi
title_short Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi
title_full Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi
title_fullStr Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi
title_full_unstemmed Penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian CIPP bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor / Sharifah Norfadella Syed Azmi
title_sort penilaian kurikulum berdasarkan model penilaian cipp bagi mata pelajaran perniagaan sekolah menengah di daerah gombak, selangor / sharifah norfadella syed azmi
publishDate 2024
url http://studentsrepo.um.edu.my/15558/1/Sharifah_Norfadella.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15558/2/Sharifah_Norfadella.pdf
http://studentsrepo.um.edu.my/15558/
_version_ 1825160883600359424
score 13.239859